Apa Yang Gua Perjuangkan?

Idola Perjuangan Sopan Gayo Pojuang

Rosli Dhoby: Idola Perjuangan Sopan Gayo Pojuang

Perjuangan. Tidak semestinya sesuatu perjuangan itu hanya untuk mendapat kebebasan peribadi atau kemerdekeaan sebuah bangsa dan negara. Tetapi dalam meneruskan kehidupan, sebenarnya kita sedang berjuang untuk mendapat apa yang dipanggil kepuasan hidup. Perjuangan juga tidak semestinya perlu menumpahkan darah. Dan janganlah kita memanggil perjuangan tanpa darah itu sebagai perjuangan yang tidak bermaruah. Asalkan niat hati kita suci dalam perjuangan maka bermaruahlah perjuangan itu.

Memang Almarhum Rosli Dhoby tidak ada kaitan langsung dengan blog gua ni. Perjuangan kami jauh bezanya. Beliau memperjuangkan kemerdekaan Sarawak dari jajahan koloni British. Gua memperjuangkan bolasepak negeri gua iaitu Negeri Sembilan dan tanah air gua iaitu Malaysia. Tetapi bagi gua tidak salah rasanya kalau gua menjadikan Almarhum sebagai idola perjuangan gua ini. Semangat waja, cintakan tanah air, berani kerana benar, bencikan penjajahan dan segala-galanya telah membuatkan gua terpaut kepada perjuangan Almarhum dalam memotivasikan diri gua untuk memperjuangkan apa yang ingin gua perjuangkan.

Kenapa perjuangan dalam bolasepak jadi pilihan gua? Lu orang tengok la sendiri bolasepak kita macam mana. Terlalu sedih untuk gua katakan. Terlalu banyak kelemahan, kedangkalan dan kebebalan yang perlu gua tegur dalam memartabatkan kembali bolasepak kita. Baik di Negeri Sembilan sampailah ke peringkat kebangsaan. Kalau gua tidak tegur unsur-unsur negatif ni, maka makin rosaklah bolasepak kita. Sebab apa gua berjuang? Sebab apabila kejayaan diperolehi, itulah kepuasan yang gua idam-idamkan selama ini. Tetapi gua tetap pegang teguh pada prinsip gua, “kalau lu orang bagus, memang gua puji lu orang. Tapi kalau masa lu orang memang halal untuk disumpah seranah, memang gua sakit jiwa kalau gua masih puji lu orang”.

“SOPAN GAYO POJUANG

Lagu yang memotivasikan perjuangan gua…..

Published on July 1, 2009 at 02:26  Comments Off on Apa Yang Gua Perjuangkan?  
%d bloggers like this: