Memori Daun Pisang


Salam Perjuangan Sopan,

Tahniah gua ucapkan pada skuad Negeri Sembilan yang layak ke suku akhir Piala Malaysia. Rekod bersih tu beb. Menang 2-1 dan 1-0 dengan Johor. Menang jugak 8-0 dan 1-0 dengan Sarawak. Menang lagi dan lagi dengan Terengganu 1-0 dan 2-0. Memang bersih lagi suci rekod Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia tahun ni. Menang semua game, tak kalah, tak seri. Menggegarkan jaring lawan sebanyak 15 gol. Cumo bolos 1 gol. Memang terbaik dari ladang lu orang punya performance. Kalau macam ni lu orang punya game, gua penuh yakin, akan ada sesuatu yang menggembirakan untuk gua dan seluruh rakyat Negeri Sembilan nanti.

Bila sebut pasal rekod bersih ni, teringat pulak gua pada memori tahun 2000. Menang direct semua game dari peringkat kumpulan sampai la ke final. Cuma sayang, masa final kalah pulak dengan Perak. Tapi itu dulu. Gua yakin kalau tahun ni Negeri Sembilan layak ke final, cerita banyak takde, terus jadi juara la.

Bagi gua team ni memang dah solid. Dari belah defender, sampai la ker striker. Lengkap semua posisi. Kalau masukkan simpanan pun, gua yakin diorang boleh buat apa yang 1st eleven boleh buat. Game dengan Terengganu semalam dah menjadi saksi yang pemain simpanan pun takde masalah kalau dimasukkan. Yang off-form semalam cuma Faiz Isa jer. Lu arrrr, bila WJ dah bagi peluang dekat lu, kenapa lu taknak ambik peluang buktikan yang lu bagus? Ke lu ni memang tak bagus? Cuba lu tengok dengan geng2 player muda yang lain. Cuba lu tengok Firdaus, Alif, Halim, Qayum main camner. All out tu bhai. Tapi lu? Hancus!!!!! Kenapa lu tak jadikan Idris sebagai panduan. Umur dengan lu dah jauh. Tapi superb macam sebaya dengan lu. Pada Idris Karim, lu memang Robin Hood. Tapi gua paling menyampah dengan lu bila lu score jer, mesti lu berlari ke cameraman kan. Lu memang siot  la. Gila glemer punya orang tua. Tapi gua halalkan perbuatan lu tu. You deserve for it!!!!

Robin "IDRIS" Hood

Robin "IDRIS" Hood

Cerita pasal suku akhir lak, ni pun gua satu gua tak puas hati. Apasal pulak juara kumpulan kena main kat home dulu? Bukan ke sebagai juara kumpulan, patutnya main kat gelanggang lawan dulu kemudian masa perlawanan kedua main kat gelanggang sendiri? Ni mana punya peraturan bangang lagi bongok si FAM ni ikut? Sah-sah la Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan punya kejer ni. Siapakah orang itu? Che Mat Jusoh Parang Kontot la. Sapa lagi. Lu memang bebal la Che Mat. Lu tak pernah study pasal bola ker? Lu tak pernah tengok Champions League punya susunan game ker? Sekarang ni zaman IT maaaaa. Semua maklumat lu boleh carik guna hujung jari jer. Tanya la Lebai Google. Tanya la Makcik Yahoo. Diorang boleh tolong la. Ker lu ni buta IT? NGOK!!!!!!!

Ok la. Pegi jahanam la sama itu Che Mat. Bagi gua, apa yang penting sekarang Negeri Sembilan mesti kasi tumbang sama itu Kuala Muda Naza. Bagi gua team ni boleh tahan jugak liatnya.  Tapi gua yakin, kalau Negeri Sembilan boleh kekalkan rentak macam mana yang diorang boleh buat sebelum ni, Kuala Muda akan tumbang di kaki Robin “IDRIS” Hood. Gua yakin 100%. Ayuh Negeri Sembilan. Kembalikan Memori Daun Pisang Tahun 2000. Tanamkan “SEMANGAT 48” dalam jiwa lu orang.

HOBEN JANG HOBEN!!!!!!!

Published in: on October 14, 2009 at 15:42  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://sopangayopojuang.wordpress.com/2009/10/14/memori-daun-pisang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. yeahhhhhhhh gua harap sumpahan ni berakhir…Hadiahkan kejuaraan ini kepada DYMM Yam Tuan kita yang baru ditabalkan Tuanku Mukhriz ibni al-marhum Tuanku Munawir….Takbirr

  2. wa raso makin ari wa makin mengenali SGP.

  3. well said!

  4. gud lak sang rusa…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: