Wahai Che Mat Jusoh Parang Kontot……


Salam Perjuangan Sopan,

Sebelum tu gua nak ucapkan tahniah pada skuad Negeri Sembilan yang telah berjaya menghapuskan badi kekalahan dengan Terengganu semalam. Penalti pun penalti la, yang penting dapat 3 mata berharga. Dan yang paling penting jugak, dapat hilangkan suwey kalah dengan Terengganu.

Pada yang tak tau atau yang tak pernah ambik tau, sejak dari 2004 ada 22 game antara Negeri Sembilan dan Terengganu. Dari 22 game tu, Negeri Sembilan kalah 12 kali dengan Terengganu, seri 6 kali dan cuma menang 4 kali sahaja.  Kali terakhir menang dengan Terengganu ni pada 14 April 2007. Mula dari tu sampai la malam semalam (3.10.2009), Negeri Sembilan tak pernah menang pun dengan Terengganu. Maka malam semalam terhapus juga lah badi Negeri Sembilan dengan Terengganu. Syabas gua ucapkan. Semoga Semangat 48 terus kekal di jiwa para pemain.

Tapi satu perkarapic Che Mat Jusoh yang gua nak bantai kat sini. Che Mat Jusoh Parang Kontot. Pada yang tak kenal dia ni, ini lah Naib Presiden FAM merangkap Presiden PBSNT. Semalam lepas game, dengan tenang lagi bersahaja ini mangkuk belasah refri secara terang-terang dalam televisyen. Bagi gua, sebagai Naib Presiden FAM, lu tak boleh la bagi statement macam tu. Lu kena neutral bhai!!! Lu kena ingat, masa kes Reduan Abdullah itu hari, lu jugak kasi gantung itu orang pasal kritik FAM dalam media. Takkan lu tak tau kritik FAM/Pengadil secara terbuka kat media satu kesalahan besar? Sendiri buat law, sendiri yang langgar. Apa cerita?

Bagi gua, apa yang lu buat semalam seolah-olah lu nak bagi lesen pada fans Terengganu untuk buat huru hara kat stadium. Apa lu ingat orang tak tau ke yang semalam player2 Negeri Sembilan dengan pengadil tak dapat masuk bilik persalinan? Belajar la terima kekalahan. Takde manusia termasuk refri kat dunia ni yang perfect. Lu sendiri dah buat law yang mengkritik mutu pengadilan secara terbuka tu salah. So, kalau lu tak puas hati dengan refri, lu kritik la masa mesyuarat FAM. Ini bila lu dah kritik secara terbuka macam tu, maka penyokong Terengganu yang buat haruk semalam akan rasa apa yang diorang buat tu betul. Sebab apa? Sebab statement lu semalam seolah-olah menghalalkan tindakan diorang. Lu kena ingat arrrr. Jangan ingat apa yang lu punya penyokong semalam dah buat, kami penyokong Negeri Sembilan ni tak boleh buat. Jangan ingat kami ni tunggul. What you give, your players will get back!!!!!

Kepada FAM, sila ambik tindakan tegas pada Che Mat Parang Kontot ni. Macam mana lu orang boleh tegas dengan Reduan Abdullah dulu macam tu jugak dengan si Parang Kontot ni. Kalau tak, memang lu orang manusia-manusia dalam FAM ni sampah bolasepak negara.

p/s: Layan Aremania Singo Edan lagi best….

Published in: on October 4, 2009 at 12:33  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://sopangayopojuang.wordpress.com/2009/10/04/wahai-che-mat-jusoh-parang-kontot/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. perghhhhhhh respect la Persebaya….macam penyokong MYTEAM

  2. itu fans Arema Malang bos…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: