Inilah Penyokong Sebenar

Salam Perjuangan Sopan,

Gua amat-amat berbangga dengan penyokong-penyokong setia Negeri Sembilan kat Darulaman Sabtu hari tu. Lu orang memang superb beb!!!! Orang putih cakap, “one picture mean’s everything”. Tu orang putih cakap la. Tapi bagi gua bukan gambar jer, video pun boleh memberi banyak makna. Mungkin masa orang putih yang cipta perumpamaan tu video belum wujud lagi kot. hahahahahahahaha!!!!! Lu orang tengok jer la video-video kat bawah ni. Tah dari mana gua sapu gua pun lupa. Lihatlah tingginya semangat penyokong-penyokong Negeri Sembilan di Darulaman. Gua harap semangat penyokong ni diteruskan di Paroi dalam separuh akhir besok. Jangan datang stadium kalau niat lu orang hanya untuk melawat sedara mara lu orang kat ICU atau menziarahi orang meninggal dunia.

Tahniah juga gua ucapkan kepada penganjur yang bekerja keras menjayakan semua ini. Terima kasih juga gua ucapkan pada ketua bas gua, saudara Mizan dan Khairul yang begitu prihatin dengan kebajikan penumpang seliaan diorang termasuk gua. Syabas diucapkan dari Sopan Gayo Pojuang.

Apa-apa pun syabas jugak gua ucapkan pada skuad Negeri Sembilan yang layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2009. Tapi awas, Terengganu bukan lawan yang mudah. Sekali alpa, lu orang akan terima padah. Bak kata Dr.M, “You’ll get a bloody nose”. Gua harap sangat lu orang dapat bagi Piala Malaysia ni kat kami anak-anak Negeri Sembilan. Itu harapan dari gua. Berjuanglah kamu pemain-pemain Negeri Sembilan  seperti Sopan Gayo Pojuang.

p/s: Happy Deepavali Encik Devan. Selamat Hari Raya Zakaria.

Published in: on October 26, 2009 at 18:13  Comments (2)  

Si Kitul Dan Raja Mendeliar

Salam Perjuangan Sopan,

Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud dulu, ada la seorang manusia bernama Si Kitul. Si Kitul ni pulak orang suruhan Raja Mendeliar.  Si Kitul ni kan, punya la musibat punya perangai, suka sangat cucuk sana, cucuk sini, buruk kan orang sana buruk kan orang sini. Akhirnya yang jadi mangsa Si Kitul ni ialah Bendahara Melaka masa tu, Tun Mutahir. Si Kitul pegi repot sama itu bos dia, Raja Mendeliar yang Tun Mutahir ni dah tempah cerek emas la, payung emas la dan macam-macam benda la yang berunsurkan emas. Si Raja Mendeliar ni pulak, terus kasi repot sama itu Sultan Mahmud yang memang jenis senang makan cakap orang. Gua pun tak tau la apa sebab musabab itu Raja Mendeliar anti sangat dengan itu Tun Mutahir ni. Padahal Raja Mendeliar ni pun kaki makan suap gak. Rumah dia pun banyak gak simpan emas. Dia ni jugak la yang deal sama Portugis kasi tawan itu Melaka. Tapi biasa la kan, Melayu. Kerana pangkat dan pengaruh, sanggup tabur pasir kat periuk nasik orang lain sedangkan dia pun sama jer tinggalkan najis kat tepi jalan.  So, dipendekkan cerita, atas fitnah yang dibuat dek Si Kitul dan Raja Mendeliar ni, maka habis la Tun Mutahir kena bunuh. Bukan dia sorang aje, abih seluruh suku sakat dia kena bunuh sekali. Semuanya akibat fitnah dari Si Kitul dan Raja Mendeliar tu tu tadi.

Tapi, apahal lak gua cerita pasal Si Kitul dengan Raja Mendeliar kat Sopan Gayo Pojuang ni? hehehehehehe. Lu orang pikir la sendiri. Kepada Sultan Melaka, gua harap lu jangan la senang kena pengaruh dengan Raja Mendeliar yang kena kencing dengan Si Kitul tu. Siasat betul-betul cerita diorang. Jangan terima bulat-bulat apa yang mangkuk-mangkuk tu cakap. Kerana fitnah la, lu punya Empayar Kerajaan Melaka jatuh. Lu kena ingat tu beb…….

p/s: Orang Melaker aper kabor? Sehat ker? 😉

Published in: on October 19, 2009 at 12:00  Comments (11)  

Memori Daun Pisang

Salam Perjuangan Sopan,

Tahniah gua ucapkan pada skuad Negeri Sembilan yang layak ke suku akhir Piala Malaysia. Rekod bersih tu beb. Menang 2-1 dan 1-0 dengan Johor. Menang jugak 8-0 dan 1-0 dengan Sarawak. Menang lagi dan lagi dengan Terengganu 1-0 dan 2-0. Memang bersih lagi suci rekod Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia tahun ni. Menang semua game, tak kalah, tak seri. Menggegarkan jaring lawan sebanyak 15 gol. Cumo bolos 1 gol. Memang terbaik dari ladang lu orang punya performance. Kalau macam ni lu orang punya game, gua penuh yakin, akan ada sesuatu yang menggembirakan untuk gua dan seluruh rakyat Negeri Sembilan nanti.

Bila sebut pasal rekod bersih ni, teringat pulak gua pada memori tahun 2000. Menang direct semua game dari peringkat kumpulan sampai la ke final. Cuma sayang, masa final kalah pulak dengan Perak. Tapi itu dulu. Gua yakin kalau tahun ni Negeri Sembilan layak ke final, cerita banyak takde, terus jadi juara la.

Bagi gua team ni memang dah solid. Dari belah defender, sampai la ker striker. Lengkap semua posisi. Kalau masukkan simpanan pun, gua yakin diorang boleh buat apa yang 1st eleven boleh buat. Game dengan Terengganu semalam dah menjadi saksi yang pemain simpanan pun takde masalah kalau dimasukkan. Yang off-form semalam cuma Faiz Isa jer. Lu arrrr, bila WJ dah bagi peluang dekat lu, kenapa lu taknak ambik peluang buktikan yang lu bagus? Ke lu ni memang tak bagus? Cuba lu tengok dengan geng2 player muda yang lain. Cuba lu tengok Firdaus, Alif, Halim, Qayum main camner. All out tu bhai. Tapi lu? Hancus!!!!! Kenapa lu tak jadikan Idris sebagai panduan. Umur dengan lu dah jauh. Tapi superb macam sebaya dengan lu. Pada Idris Karim, lu memang Robin Hood. Tapi gua paling menyampah dengan lu bila lu score jer, mesti lu berlari ke cameraman kan. Lu memang siot  la. Gila glemer punya orang tua. Tapi gua halalkan perbuatan lu tu. You deserve for it!!!!

Robin "IDRIS" Hood

Robin "IDRIS" Hood

Cerita pasal suku akhir lak, ni pun gua satu gua tak puas hati. Apasal pulak juara kumpulan kena main kat home dulu? Bukan ke sebagai juara kumpulan, patutnya main kat gelanggang lawan dulu kemudian masa perlawanan kedua main kat gelanggang sendiri? Ni mana punya peraturan bangang lagi bongok si FAM ni ikut? Sah-sah la Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan punya kejer ni. Siapakah orang itu? Che Mat Jusoh Parang Kontot la. Sapa lagi. Lu memang bebal la Che Mat. Lu tak pernah study pasal bola ker? Lu tak pernah tengok Champions League punya susunan game ker? Sekarang ni zaman IT maaaaa. Semua maklumat lu boleh carik guna hujung jari jer. Tanya la Lebai Google. Tanya la Makcik Yahoo. Diorang boleh tolong la. Ker lu ni buta IT? NGOK!!!!!!!

Ok la. Pegi jahanam la sama itu Che Mat. Bagi gua, apa yang penting sekarang Negeri Sembilan mesti kasi tumbang sama itu Kuala Muda Naza. Bagi gua team ni boleh tahan jugak liatnya.  Tapi gua yakin, kalau Negeri Sembilan boleh kekalkan rentak macam mana yang diorang boleh buat sebelum ni, Kuala Muda akan tumbang di kaki Robin “IDRIS” Hood. Gua yakin 100%. Ayuh Negeri Sembilan. Kembalikan Memori Daun Pisang Tahun 2000. Tanamkan “SEMANGAT 48” dalam jiwa lu orang.

HOBEN JANG HOBEN!!!!!!!

Published in: on October 14, 2009 at 15:42  Comments (4)  

Wahai Che Mat Jusoh Parang Kontot……

Salam Perjuangan Sopan,

Sebelum tu gua nak ucapkan tahniah pada skuad Negeri Sembilan yang telah berjaya menghapuskan badi kekalahan dengan Terengganu semalam. Penalti pun penalti la, yang penting dapat 3 mata berharga. Dan yang paling penting jugak, dapat hilangkan suwey kalah dengan Terengganu.

Pada yang tak tau atau yang tak pernah ambik tau, sejak dari 2004 ada 22 game antara Negeri Sembilan dan Terengganu. Dari 22 game tu, Negeri Sembilan kalah 12 kali dengan Terengganu, seri 6 kali dan cuma menang 4 kali sahaja.  Kali terakhir menang dengan Terengganu ni pada 14 April 2007. Mula dari tu sampai la malam semalam (3.10.2009), Negeri Sembilan tak pernah menang pun dengan Terengganu. Maka malam semalam terhapus juga lah badi Negeri Sembilan dengan Terengganu. Syabas gua ucapkan. Semoga Semangat 48 terus kekal di jiwa para pemain.

Tapi satu perkarapic Che Mat Jusoh yang gua nak bantai kat sini. Che Mat Jusoh Parang Kontot. Pada yang tak kenal dia ni, ini lah Naib Presiden FAM merangkap Presiden PBSNT. Semalam lepas game, dengan tenang lagi bersahaja ini mangkuk belasah refri secara terang-terang dalam televisyen. Bagi gua, sebagai Naib Presiden FAM, lu tak boleh la bagi statement macam tu. Lu kena neutral bhai!!! Lu kena ingat, masa kes Reduan Abdullah itu hari, lu jugak kasi gantung itu orang pasal kritik FAM dalam media. Takkan lu tak tau kritik FAM/Pengadil secara terbuka kat media satu kesalahan besar? Sendiri buat law, sendiri yang langgar. Apa cerita?

Bagi gua, apa yang lu buat semalam seolah-olah lu nak bagi lesen pada fans Terengganu untuk buat huru hara kat stadium. Apa lu ingat orang tak tau ke yang semalam player2 Negeri Sembilan dengan pengadil tak dapat masuk bilik persalinan? Belajar la terima kekalahan. Takde manusia termasuk refri kat dunia ni yang perfect. Lu sendiri dah buat law yang mengkritik mutu pengadilan secara terbuka tu salah. So, kalau lu tak puas hati dengan refri, lu kritik la masa mesyuarat FAM. Ini bila lu dah kritik secara terbuka macam tu, maka penyokong Terengganu yang buat haruk semalam akan rasa apa yang diorang buat tu betul. Sebab apa? Sebab statement lu semalam seolah-olah menghalalkan tindakan diorang. Lu kena ingat arrrr. Jangan ingat apa yang lu punya penyokong semalam dah buat, kami penyokong Negeri Sembilan ni tak boleh buat. Jangan ingat kami ni tunggul. What you give, your players will get back!!!!!

Kepada FAM, sila ambik tindakan tegas pada Che Mat Parang Kontot ni. Macam mana lu orang boleh tegas dengan Reduan Abdullah dulu macam tu jugak dengan si Parang Kontot ni. Kalau tak, memang lu orang manusia-manusia dalam FAM ni sampah bolasepak negara.

p/s: Layan Aremania Singo Edan lagi best….

Published in: on October 4, 2009 at 12:33  Comments (2)