Seri Yang Berseri


*Dipetik dari N9Futbol TV

Salam Perjuangan Sopan,

Ashaari 1 – Kunanlan 1. Itulah yang gua dapat hasil dari perlawanan terakhir Liga Super 2009 yang mana pada 1 Ogos yang lalu, Negeri Sembilan telah bertemu dengan Terengganu kat stadium keramat gua. Mana lagi kalau bukan Stadium Paroi. Bagi gua puas hati la. Yer la, dari kalah o-4, baik seri jer. Itupun Terengganu dah leading dulu. Nasib baik la Kuna jadi penyelamat. Kalau tak, memang berkokok la Kelab 8 Ringgit.

Menguasai tapi tidak mengatasi. Itulah kesimpulan yang gua dapat buat hasil dari pemerhatian gua secara keseluruhan game ni. Tapi sampai bila kita mesti macam ni? Keputusan permainan bukan ditentukan berdasarkan penguasaan bola. Tetapi keputusan permainan ditentukan dengan keupayaan sesebuah pasukan dalam mengatasi sebuah pasukan lagi. Kalau gagal untuk mengatasi, itu bermakna keputusan yang diperolehi ialah antara kalah atau seri. Tetapi  dalam pada kita mengejar kemenangan, jangan dilupakan juga kualiti permainan. Sebab bagi gua, apalah maknanya kalau kita merangkul sehingga 4-5 kejuaraan (sampai buat piala syok sendiri pun ada) sedangkan kita gagal menghasilkan pemain yang berkualiti untuk membawa cabaran negara di peringkat antarabangsa. Sebab apa pemain tersebut tidak berkualiti? Sebab pemain tersebut tidak dididik dengan permainan yang berkualiti di dalam liga domestik yang dilihat lebih mengutamakan kemenangan berlandaskan prinsip janji menang berbanding dengan mendidik pemain dengan permainan yang berkualiti. Itu pasal kalau tanya gua pasal siapa yang layak jadi coach Negeri Sembilan atau Malaysia, gua cakap gua nak jurulatih yang mengutamakan kualiti permainan dan memberi kemenangan kepada gua. Tak cukup salah satu memang gua reject.

Ok la beb. Kita cerita balik pasal game itu hari. Apa yang gua nampak, penguasaan tu memang totally N.Sembilan yang punya. Gua berani bagi penguasaan bola tu pada 60-40. Tapi sayang di mana penyudahnya? Satu perkara gua nak tegur dekat lu la Jamak, lu dah tau defensive side T’ganu tu semua bagak-bagak dan tinggi-tinggi belaka, kenapa la lu still suruh players bagi bola tinggi? Lain la kalau lu punya attackers semua nya sama jer tingginya dengan defend T’ganu. Ni lu letak si Asyraf. Orang tu dah la pendek, lu suruh main lagi bola tinggi buat aper? Apa salahnya kalau lu amalkan short pass? Tak boleh ker?  Bila mamat tu dah tak function, memang sakit la Zaquan sorang-sorang. Mustahil la lu tak tau defend T’ganu tu tinggi-tinggi. Gua rasa lu mesti tau punya kan. So, tak boleh ker masa training lagi lu dah trained players kita dengan taktikal yang boleh mengalahkan brader2 tinggi T’ganu ni? Mender la lu. Tu pun nak kena ajar ke?

Pasal Shukor jadi defend lak bagi gua ok jer la. Tapi mula-mula gua terkejut jugak bila mamat tu partner dengan Aidil dekat centre back. Boleh ker mamat ni? Boleh jugak la rupanya mamat ni jadi defend. Walaupun ada jugak mistake yang dibuat, tapi ok la untuk seorang midfielder’s yang diubah jadi defender’s. Tapi Jamak kan, gua lagi suka kalau lu letak budak muda ramai-ramai la dalam game ni. Gua bukan apa la. Ni dah last game kan. Menang ke, kalah ke, dah takde bawak apa-apa makna lagi dah. Gua rasa  kalau lu letak budak muda ramai-ramai, boleh la buat pendedahan awal prepare untuk Piala Malaysia nanti. Nanti buatnya tah apa lak kes injured ke, suspended ke, bleh la buat cover mana-mana yang patut. Takde la jadi macam bila Zaquan injured itu hari. Nah ambik kau. Meriah betul dengan kekalahan. Sebab apa? Sebab kita takde penyerang yang berkaliber macam Zaquan. Tu jer.

Akhir kalam dari gua, walaupun kita cuma seri jer, tapi bagi gua keputusan seri ni ibarat seri yang berseri. Pesan gua satu jer. Hindarilah pasukan kita ini dari penyakit “Menguasai Tapi Tidak Mengatasi”. Amalkan semangat “Menguasai Dan Mengatasi”. Tapi gua tak suka dengan “Tidak Menguasai Tetapi Mengatasi” sebab gua takde kepuasan bila tengok game yang macam ni jenisnya. Apa barang setakat menang nasib.

p/s: Gua dah mula menyukai permainan Aliff Shamsudin. Keep it up bro!!!!!

Published in: on August 3, 2009 at 12:54  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://sopangayopojuang.wordpress.com/2009/08/03/seri-yang-berseri/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. sopan in good mood ini hari! heheeehehehe

  2. Gua teguh dengan prinsip gua…..

    “kalau lu orang bagus, memang gua puji lu orang. Tapi kalau masa lu orang memang halal untuk disumpah seranah, memang gua sakit jiwa kalau gua masih puji lu orang”

    https://sopangayopojuang.wordpress.com/about/

  3. wa tau lu mesti orang kuat n9futbol…pirahhh!

  4. woi mangkuk jangan kaitkan n9futbol dengan blog kau ni!

  5. mmaf saudara. sopangayopojuang memang takde kaitan dengan n9futbol.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: