Mari Selamatkan Pahang?


Salam Perjuangan Sopan,

Apa-apa hal gua nak ajak lu orang kasi baca ini artikel dari Kosmo ni dulu.

FAM selamatkan Pahang lagi?

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my



MALAM kelmarin, satu sejarah telah tercipta di Stadium Shah Alam.Bukan kerana Selangor muncul juara Liga Super buat kali pertama tetapi sejarah yang dimaksudkan ialah Pahang yang buat pertama kalinya tersingkir ke saingan liga bawahan sejak liga semi-pro diperkenalkan pada 1989.

Kekalahan 1-5 kepada Selangor malam kelmarin menyebabkan skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh itu menamatkan 26 perlawanan Liga Super musim ini di tangga kedua tercorot.

Secara automatik, dua pasukan tercorot Liga Super akan tersingkir ke Liga Perdana musim berikutnya.

Namun, pada Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-46 pada 21 Jun lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM biarpun tidak hadir sempat menyampaikan titahnya menerusi Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad yang mahu- kan format Liga Malaysia dirombak musim depan.

Pemerhati dan juga peminat bola sepak tempatan melihat cadangan Presi- den FAM itu secara umumnya mahu me- nyelamatkan pasukan Pahang daripada beraksi di saingan liga bawahan pada musim depan.

Kenapa perlu diubah format liga yang dilihat sudah stabil sedangkan FAM sepatutnya perlu mencari jalan untuk memperkasakan lagi saingan liga sedia ada?

Jika masalah kewangan pasukan-pasukan bertanding dijadikan alasan, kenapa pula format yang perlu dipersalah- kan sedangkan pihak yang terlibat itu sepatutnya mencari jalan bagi menyele- saikan masalah kewangan tersebut.

Tindakan mahu mengubah format liga musim depan sebenarnya ‘ulangan’ kepada tindakan FAM ketika mereka menukar format Liga Malaysia untuk musim 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.

Pada musim 2004, 2005 dan 2006, FAM menetapkan lapan pasukan sahaja beraksi pada Liga Super tetapi mereka membuat keputusan mengubahnya kepada 14 pasukan untuk musim 2007.

Alasan yang sama digunakan FAM ketika itu iaitu mahu Liga Super lebih kompetitif sedangkan pada saingan 2006 itu, Pahang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan dan sepatutnya turun ke Liga Perdana musim 2007.

Disebabkan perubahan format baru itu, Pahang tidak disingkirkan ke Liga Perdana, sebaliknya diberi peluang beraksi dalam saingan playoff bagi menentukan 14 pasukan yang layak beraksi pada Liga Super format baru pada 2007.

Pada perlawanan playoff pertama iaitu pada 18 dan 21 Jun 2006, Pahang tewas dengan agregat 1-2 kepada Brunei DPMM selepas seri 0-0 pada perlawanan di tempat sendiri sebelum tewas 1-2 di tempat lawan.

Namun, Pahang diberi peluang kedua apabila bertemu Sabah pula dalam perlawanan playoff kedua pada 25 dan 28 Jun 2006 dan kali ini mereka berjaya juga ke Liga Super selepas menang dengan agregat 4-3.

Menjelang perbincangan format baru di antara FAM dan barisan setiausaha agung persatuan bola sepak (FA) negeri dan kelab yang akan berlangsung pada 3 Ogos depan, mereka sepatutnya membuat satu keputusan terbaik demi menjaga maruah bola sepak negara.

Buat Presiden FAM, biarlah pasukan yang layak beraksi dalam Liga Super sahaja dibenarkan bertanding kerana jika baginda tetap mahukan Pahang kekal dalam Liga Super, ia hanya akan mencacatkan kemeriahan saingan.

Ini kerana berdasarkan prestasi pasukan Pahang musim ini, hanya saingan Liga Perdana lebih sesuai buat mereka, bukannya saingan Liga Super.

Biarlah Pahang kembali layak ke Liga Super 2011 berdasarkan merit dua pasu- kan teratas Liga Perdana 2010, bukan- nya atas ‘ihsan’.

Dah baca? Kalau dah baca mari kita ketawa secarabergotong royong dekat wartawan kangkung nih.

KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!

KEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEH!!!!!

WAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKKAKAKKAKAKAKAKAK!!!!!

Sebab apa gua suruh lu orang gelak dan ketawa secara berdekah-dekah ni? Cuba lu orang tengok sebab apa gua hilite nama wartawan kangkung ni. Sebab gua memang kenal sangat dengan mamat ni. Salah seorang penyokong kuat Selangor merangkap moderator Selangorfc.com. Kalau lu orang nak tau, dekat Selangorfc.com tu, nama samaran dia Misai11.

So, apa kaitan lak team yang si kangkung ni sokong dengan artikel ni. Ok, cuba lu orang tengok lak perenggan yang gua bold tu. Nampak kan? Apa yang gua nak persoalkan ialah, kenapa si kangkung ni berani mention pasal Pahang jer? Kenapa tidak dengan Selangor yang masa musim 2006 tu berada di tempat paling hina, iaitu tempat yang paling tercorot? Kenapa mesti cuma Pahang jer yang kangkung ni bedal? Lu kata masa musim 2006 tu FAM ubah format pasal nak selamatkan Pahang. Abih lu punya team kesayangan tu apa lu cerita? Bukan ke patutnya masa tu dengan Selangor sekali patut kena humban dengan Pahang ke Liga Perdana? Kenapa lu tak mention sekali yang perubahan format masa tu pun sebenarnya menyelamatkan Selangor sekali?

Memang la, gua pun hangin jugak bila FAM nak ubah balik Liga Malaysia ni atau dalam kata lainnya FAM nak selamatkan Pahang. Tapi yang buat gua angin dengan lu ni, lu buat laporan berat sebelah la bai. Lu sebagai wartawan kena la beretika sikit bila buat artikel tu. Ini tidak. Lu punya bantai Pahang sikit punya tak ingat. Lu kata Pahang harap belas ihsan FAM untung-untung tak jatuh Liga Perdana. Abih yang Selangor masa 2006 tu pun bukan harap belas ihsan jugak ke? Yang paling gua tak tahan tu, yang perenggan last sekali tu. Satu Malaysia ni dah tau la team lu memang selalu sangat dapat ihsan FAM ni. Dah nama Selangor Darul Ehsan. Mesti la selalu dapat ehsan jer. Betul tak? Lu sajer je kan tak mention nama Selangor dalam artikel lu ni. Yer la, lu mesti goyang kan nak masukkan cerita pasal Selangor yang cuma layak tempat ke-8 atau tercorot masa tu. Senang sikit lu nak bantai Pahang, ye tak? Gua rasa lu goyang sebab lu takut mana-mana orang yang kenal lu macam gua ni boleh bikin lu kantoi besar. Haaaa, sekarang kan dah kantoi. hahahahahahaha!!!!

Lu kena ingat bai, pelanduk memang selalu lupakan perangkap, tapi perangkap tak pernah lupakan pelanduk tau. Sekarang lu sendiri dah bukak pekung lu. Lu sedar la diri tu sikit. Dekat opis lu ada toilet kan? Dekat dalam toilet tu ada cermin kan? So, kasi cermin la muka lu tu dulu sebelum lu nak sesah orang lain.

p/s: Gua benci anak emas

Published in: on July 27, 2009 at 15:39  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://sopangayopojuang.wordpress.com/2009/07/27/mari-selamatkan-pahang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 CommentsLeave a comment

  1. kah kah kah… kata dulang paku serpih.. selangor oh selangor.

  2. dia malu2 shegan la tu nak masukkan nama team dia skali…huhuhu buang je la misai 11 tu, jadi misai 10 hahaha

  3. jgn bagi beta murka yerrr!!!

  4. Ahaha…. Selangor memang bernasib baik pada 2006, tapi kalau setakat relegate ke Liga Perdana tu, Selangor dah lali dah, jadi Treble 2005 pon Selangor bukan main liga utama masa tu… So apa yang paku dulang paku serpihnya?

    Sudahla wahai penulis blog….Baik anda risaukan periuk nasik anda sendiri yang bakal ditentukan oleh SHUKOR ADAN…. wakaka….

  5. saudara, bukan shukur adan yang bagi gua duit untuk beli beras…

    tapi ingin gua lontarkan satu persoalan kepada saudara…mengapa en wan fakrul itu hanya berani berkokok mengenai agenda menyelamatkan pahang padakala selangor merupakan juara? kenapa tidak ketika tahun 2006 dulu bila selangor merupakan juara corot liga super?

    so, yg paku dulang paku serpihnya ialah mengapa encik wan fakrul itu hanya mention mengenai agenda menyelamatkan pahang tapi buat lupa bahawa tahun 2006 dulu pun selangor pun sama tumpang semangkuk sambil tambah nasik…

  6. Wahai penulis Blog a.k.a penyokong tegar n9,

    Kalau lah Pahang diselamatkan dari turun ke Liga Perdana musim depan, bukan kah pasukan Polis juga akan terselamat??..

    So.. adakah pasukan Polis pun sedara kategorikan sebagai anak emas FAM??..

    Dah sememangnya setiap kejayaan pasukan Selangor akan mendapat pandangan negatif dari penyokong lain tapi kenapakah ini berlaku??..

    Sebabnya dah tersemat dalam darah orang melayu kita ini .. PERASAAN HASAD DENGKI!!!

    lagi satu, apa yg selangorFan post sebelum ni.. Maksud dia sebenar adalah lambat laun nnti SHUKOR ADAN akan menentukan nasib pemain² dan pasukan N9 nnti.. kalau tak percaya.. tunggu saja la.. tahun depan, Shukor Adan kapten n9..

  7. saudara, sebelum gua menjawab persoalan saudara mengenai polis tu, adalah baiknya saudara menjawab persoalan kenapa BARU SEKARANG encik wan fakrul aka misai11 itu berkokok mengenai operasi menyelamatkan pahang. Kenapa tidak ketika tahun 2006 dahulu. Bukan hanya en wan fakrul sahaja, malah seluruh warga selangor fc. Kenapa BARU SEKARANG tatkala kejuaraan liga super sudah dimiliki oleh selangor, masa ini lah seluruh penyokong selangor berkokok mengenai operasi penyelamatan ini. Diulang, KENAPA BARU SEKARANG dan BUKAN PADA TAHUN 2006?

    Memang diakui kejayaan pasukan Selangor mendapat pandangan negatif dari penyokong pasukan lain. Tetapi pernahkah saudara mendengar ungkapan begini, “alaaaa, apa adahal kalau kalah, kami dah cempiyen 32 kali laaa”. Itulah ungkapan ketika pasukan selangor merudum dulu. tapi bagaimana pula ketika berada di alam kehebatan? sudah pasti ayat begini yang keluar, “kamilah pasukan paling dewa sekali di dunia ini. semua pasukan lain umpama picisan bagi kami”.

    kesimpulannya, bukanlah hasad dengki yang menjadi sebab kenapa kejayaan selangor dipandang negatif, tetapi pandangan negatif itu berpunca dari KEANGKUHAN, KEBONGKAKAN, KESOMBONGAN penyokong selangor sendiri. Tanyalah mana-mana penyokong tegar pasukan lain, sebab apakah Selangor dipandang negatif. Sudah pasti angkara keangkuhan penyokongnya. bukan kerana kejayaan pasukan bolasepaknya. Renung-renungkan…

    Shukor Adan? saudara, andaikata benar bagai dikata, baiklah saudara lihat kembali apakah matlamat sebenar blog ini gua wujudkan.

    https://sopangayopojuang.wordpress.com/about/

    sekiranya tepat apa yang bakal berlaku seperti yang saudara katakan itu, maka lagi tajamlah penulisan gua ni. Gua tetap berpegang pada prinsip, “Kalau lu orang bagus, gua puji. Tapi kalau lu orang macam musibat, memang gua sakit jiwa kalau gua masih puji lu orang”. Dahtu gua nak tambah sikit. “KALAU LU ORANG ANGKUH, LU MEMANG HINA DI MATA GUA”

  8. Utk jawapan rangkap pertama, pada tahun 2006 seperti semua org tahu Selangor berada di tmpt terakhir liga dan perubahan liga dibuat oleh FAM yg mana Presidennya adalah Sultan Pahang, bukan Sultan Selangor!!
    Sebenarnya saya sendiri pada tahun itu tak beberapa gemar dgn pengurusan dan sikap pemain Selangor dan memang layak utk Selangor turun ke Liga Perdana.

    TETAPI apa yg di ubah oleh FAM ataupun lebih tepat lagi Presiden FAM @ Sultan Pahang adalah utk menyelamatkan Pahang dan Selangor ketika itu berada di bwh mereka hanya mengambil kesempatan dlm situasi ini seperti kata pepatah ‘Menangguk di air yg keruh’.

    Memang ada penyokong yang berlagak TETAPI itu hanyalah segelintir sahaja dan pada saya, semua pasukan yang menang mmg berhak utk merasa bangga. Utk ungkapan² yg sedara katakan di atas, tu semua hanyalah ungkapan² psikologi sahaja.. Kita ni manusia, buat tak tahu saja dah lah.. lagi skali saya katakan, tidak semua rakyat Selangor berpikiran macam tuh..

    Dalam dunia bola sepak, kalu tiada provokasi sesama penyokong maka tak meriah la.. dan kita perlulah kuat mental utk melayan kerenah² penyokong lawan.. Jgn lah jadi smpi Penyokong di Pantai Timur.

    Last but not least, jika bencikan penyokong Selangor jgnlah bencikan Pasukan Selangor ini sekali sebab bila Selangor juara, mutu permainan pasukan Malaysia juga akan meningkat sebab ramainya pemain Selangor yang terpilih.

  9. terima kasih atas komen saudara tersebut. Memang benar ada masanya kita perlu menangguk di air yang keruh. Tetapi barang diingat, janganlah kita mengamalkan sikap mengata dulang paku serpih. dan janganlah sekali-kali kita meludah ke langit, kelak terpercik ke muka sendiri. itulah penjelasan bagi rangkap pertama dan kedua saudara itu.

    satu nasihat buat saudara, antara berlagak dan bangga merupakan dua sifat yang berbeza. berlagak merupakan satu sifat yang negatif. bangga pula merupakan satu sifat yang positif. dan seperkara lagi, rakyat selangor dan penyokong selangor merupakan dua entiti yang berbeza. ada juga penyokong selangor yg merupakan rakyat negeri sembilan. dan ada juga rakyat selangor yang tidak kenal siapa itu K.Devan.

    Last but not least, gua bukan benci team selangor. tapi gua paling benci dengan keangkuhan. dan tidak perlulah saudara menganggap mutu permainan pasukan Malaysia akan meningkat hanya kerana ramai pemain selangor yang terpilih kerana sebelum ini pun ramai juga pemain selangor mewakili skuad negara. tapi tidak ke mana pun.

  10. adus…sape selangor tanpa k.devan(org n9). Tahun depan bolehlah ismail ibrahim atau asmawi bakiri n mesti jadi champion jugak..

  11. Tidak dinafikan pengurusan pasukan Selangor mmg pernah ‘Menjilat ludah sendiri’ iaitu pada tahun 2007 dimana menarik balik penggunaan pemain muda bwh 23 tahun dan membeli ramai pemain bintang. Saya sbg penyokong Selangor juga kurang bersetuju dengan keputusan itu.

    Untuk pengetahuan sedara, ada juga rakyat n9 merupakan penyokong tegar pasukan Selangor. Tak perlu kita berkelahi dan saling salah menyalahi penyokong masing². Satu nasihat juga buat sedara, kalau la ada penyokong Selangor yg berlagak dengan sedara atau sesapa, buat tk tau je dah la.

    Kalau sedara nak merasai sendiri cmna rasa berlagak tu, tunggu je bila pasukan n9 menjadi juara Piala Malaysia nnti.. Insyaallah..

    Dan adalah lebih baik lagi jika sedara gunakan blog ini utk memberi cadangan sama ada dari segi taktikal atau pandangan terus kepada pihak PBNS. Jadikan blog ini sebagai panduan atau bacaan wajib bagi jurulatih dan pegawai² PBNS.

    Sekian, wassalam..

    Terima kasih kerana memberi balasan kepada komen saya yg tk seberapa nih.

  12. saudara, gua menumpukan kepada pepatah “ibarat meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri” dan ianya ditujukan kepada encik wan fakrul. tidak pulak gua nampak yang gua ceritakan pasal “menjilat ludah sendiri”. tapi tak mengapalah. negara kita mengamalkan demokrasi. setiap orang berhak mengutarakan pandangan tersendiri termasuk saudara, encik wan fakrul dan jugak diri gua sendiri.

    macam yang gua cakap sebelum ni. sifat berlagak merupakan satu sifat yang negatif. cukuplah hanya kita berbangga dengan kejayaan tersebut tanpa perlu berlagak sambil memperlekehkan orang lain. kelak nanti akan timbullah amarah yang memudaratkan kepada diri kita sendiri. Itulah yang gua amalkan apabila team kesayangan gua jadi cempiyen FA 2003 dan Liga Super 2005/06. Gua cukup berbangga dengan kejayaan tersebut. tapi tidaklah pula gua mangamalkan sifat berlagak sombong lagi angkuh dengan memperlekehkan orang lain kerana gua percaya keangkuhan gua hanya akan menjadikan kebencian orang lain.

    untuk makluman saudara jugak, siapalah gua ini di mata pbns. gua hanya penulis jalanan yang menulis dari hati gua sendiri. kalau diorang nak jadikan panduan, alhamdulillah, kalau taknak apa gua boleh buat.

    sekian, wassalam.

    Terima kasih kerana sudi membaca penulisan gua yang tidaklah seberapa hebat ini kalau hendak dibandingkan dengan Encik Wan Fakrul itu………

  13. apo maslah dongan artikel den sopan? (sopan konon!)

  14. orang yang menyamar lagi lah kurang kesopanannya.

  15. alamek…
    terkantoi laa pulak..
    menarik laa lu punya bidasan balik bro.

    x teringat plak gua yg taun 06 tu selangor pun ‘diselamatkan’…

  16. Memula bkak blog ni ingat blog kodai sopan kt terminal 1 2 ah..skali blog hardcore la..respect lu bro..salam pojuang dari saya~

  17. apo pasal la asik d highlight kan si shukor tu je..
    igt kn kito ni hanyo menagih ex-slangor tu yo ko?
    sblm dio jd ex-slangor, dio da lamo jd ex-negeri da…

  18. terima kasih wan fakhrul kerana dapat menghidu perkara yang ‘entah mana benarnya’ tetapi diolah skripnya menurut pemikiran sendiri..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: