Antara Hooligans, Penyokong Dan Penonton


Salam Perjuangan Sopan,

Siapakah Hooligans? Siapakah Penyokong? Siapakah Penonton?

Hooligans – Merupakan penghuni hirarki tertinggi dalam golongan peminat bolasepak. Merka ini berpegang teguh kepada fahaman “Hidup Matiku Hanya Untuk Pasukan”. Setiap perlawanan di gelanggang sendiri dan gelanggang lawan pasti mereka akan datang memberikan sokongan. Malah perlawanan persahabatan pun mereka akan datang tidak kira walau beribu batu jauhnya gelanggang tersebut. Kalau ingin mengetahui sejarah pasukan, tanyalah golongan Hooligans ini. Sudah pasti segala fakta yang bukan auta akan keluar dari mulut mereka bermula dari penubuhan pasukan tersebut sehinggalah ke perkembangan terkini pasukan itu. Kesetian? Usah dipertikaikan. Walaupun pasukan mereka merudum, mereka tetap berdiri teguh dengan pasukan mereka. Golongan ini begitu memandang rendah kepada golongan Penonton dan menganggap golongan Penonton sebagai peminat picisan. Kerana apa? Bagi Hooligans memberi sokongan kepada pasukan merupakan satu perkara yang amat-amat istimewa. Lebih-lebih lagi Hooligans ini mempunyai hubungan dengan pasukan tersebut kerana mereka merupakan anak jati tempat pasukan tersebut. Bukan hanya menonton perlawanan di depan televisyen dan kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Hooligans.

Kategori manakah si dia ini?

Kategori manakah si dia ini?

Penyokong – Berada di bawah golongan Hooligans. Mereka ini berada di tangga kedua selepas Hooligans kerana mereka hanya datang dalam setiap perlawanan di gelanggang sendiri tetapi tidak dalam setiap perlawanan di gelanggang lawan mahupun persahabatan. Namun golongan ini tetap dihormati oleh Hooligans kerana mereka juga tetap teguh di belakang pasukan walaupun berada di era kejatuhan. Jangan dianggap golongan ini sebagai picisan walaupun mereka tidak hadir di gelanggang lawan. Al maklumlah, gelanggang lawan. Takkan semua penyokong lawan boleh datang.  Namun sekiranya berpeluang, pasti mereka akan hadir di gelanggang lawan walaupun hanya sekali. Golongan Penyokong juga memandang rendah kepada golongan Penonton. Kenapa? Sama seperti yang gua cakap dalam bab Hooligans tadi. Golongan Penyokong juga merupakan sebahagian dari pasukan mereka. Di tempat pasukan itu ditubuhkan itulah tempat mereka membesar.

Penonton – Inilah golongan picisan yang dipandang rendah oleh sang Hooligans dan Penyokong. Mereka ini berada di tangga terbawah sekali dalam masyarakat peminat bolasepak. Mereka ini dipanggil Penonton kerana mereka hanya memberi sokongan kepada pasukan mereka hanya di depan kaca televisyen. Mereka langsung tidak pernah hadir di gelanggang mereka sendiri apatah lagi di gelanggang lawan. Dan yang lebih hina sekali, mereka dengan angkuh mendabik dada menyatakan yang mereka itu adalah Hooligans atau Penyokong kepada pasukan mereka sedangkan mereka sendiri tahu mereka tidak mampu ke gelanggang pasukan pujaan mereka. Sang Penonton ini mungkin boleh menceritakan fakta sejarah pasukan mereka. Yer la, carik jer kat internet. Mesti jumpa. Tapi belum pasti boleh menceritakan fakta sejarah tersebut dengan fasih tanpa melihat nota tidak seperti Hooligans atau Penyokong. Hooligans dan Penyokong menganggap menganggap golongan ini harus dipandang hina kerana mereka ini hanyalah “Glory Hunter”. Bagaimana si Penonton ini dengan tak tau malunya menggelarkan diri mereka Hooligans atau Penyokong sedangkan  Si Penonton ini langsung tiada kaitan dengan pasukan yang disokong. Mereka tidak dilahiran di tempat pasukan tersebut. Mereka tidak dibesarkan disitu. Malah mereka juga tidak pernah datang ke tempat pasukan tersebut. Kalau datang pun mungkin sekali atau dua kali seumur hidup mereka. Bukannya setiap kali perlawanan mereka akan datang ke gelanggang pasukan yang mereka sokong. Mereka juga hanya menyokong apabila pasukan tersebut berada di ambang kagagahan dan pasti sang Penonton ini menjauhkan diri bila di alam kejatuhan. Sedarlah sikit diri tu wahai sang Penonton.

Ini la serba sedikit coretan yang gua dapat hasil dari lawatan gua kat Bukit Jalil aritu. Renung-renungkan lah apa maksud di sebaliknya. Bak kata orang tepuk dada, tanya selera. Tapi bagi gua camni jer, tepuk wallet, tanya IC.

Apa-pun tahniah gua ucapkan kepada skuad kebangsaan yang berjaya memberikan tentangan hebat kepada Manchester United. Gua harap malam ni lu orang boleh bagi tentangan yang hebat gak macam aritu walaupun hati gua dapat rasa yang malam ni Malaysia payah nak main macam hari Sabtu dulu. Amri dah tentu kena ikat tak ingat punya. Kalah dah tentu, tapi bagi gua biar lah kalah bermaruah seperti kalahnya Hang Jebat di tangan Hang Tuah.

Layan klip video ni gak yang best. Versi arab punya.

Published in: on July 20, 2009 at 16:03  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://sopangayopojuang.wordpress.com/2009/07/20/antara-hooligans-penyokong-dan-penonton/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. Amirrrrrrrr Malaysie Amirrrrrrrr Malyasie itu yang gua suka beb


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: