Kalau Anda Gembira Tepuk Tangan


Salam Perjuangan Sopan,

Sabtu lepas (4 Jun 2009) gua dikecewakan dengan kebebalan 5 gol yang dilepaskan oleh sang bebal yang lembik tidak seperti sang bedal. Tapi malam semalam, segala-galanya berubah oleh keputusan yang bagi gua terbaik setakat ni. Boleh pun menang. Bukan menang nasib, tapi menang bergaya. Sebab apa bukan menang nasib? Jangan lu orang kata pasal menang dengan MyTeam ni, maka itu menang nasib. Cuba lu orang tengok lawan MyTeam sebelum ni, Selangor, diorang menang 4-1 jer. Tapi malam semalam Negeri Sembilan menang 6-2 tu beb. Tu pun kata nasib jugak ke? Kalau tu pun dikata nasib, maka Selangor pun menang nasib jugak la yer?

Bagi gua masa 1st half semalam merupakan corak permainan yang kedua terbaik Negeri Sembilan musim ni. Yang terbaik bagi gua masa lawan Johor FC yang Negeri Sembilan menang 3-0 dulu. Gua heran, kenapa sebelum ni tak boleh buat macam tu? Kenapa bila dah merudum ni, baru nak tunjukkan apa yang lu orang dah buat masa 1st half tu. Bila camtu corak yg lu orang tunjukkan, memang gua maafkan corak longlai yang lu orang tunjukkan masa 2nd half semalam. Gua anggap lu orang dah pancit masa tu, atau lu orang dah cukup puas hati dengan result 6-1 masa 1st half. Ye la. Boleh kata tiap-tiap 5 minit dapat satu gol. Memang all out gila. Tak heran la lu orang pancit masa 2nd half tu.

Cerita pasal gol-gol semalam, memang gua dapat rasakan yang Zaquan punya corak permainan semalam dah lain dari yang sebelum ni. Boleh pun bro lu main macam musim lepas. Kalau lu maintain macam game semalam, memang gua yakin la tahun ni lu dapat cium Piala Malaysia. Lu kena ingat bro, dalam ini team ada 3 orang nadi sebenar dalam game. Lu, Kuna sama Kecik. Bila lu tiga orang hidup dengan fungsi penuh, memang itu la hasil yang lu 3 orang dapat semalam. 2 gol untuk tiap-tiap sorang. Game lu semalam mengingatkan cara lu main musim lepas. Lu dah alert dengan partner-partner lu. Itu yang gua highlite kan dalam posting sebelum ni. Gua cukup suka dengan Kecik punya score yang main style one-two dengan lu. Macam tu la yang gua nak. Bukan bila Kecik jolok bola kat lu, lu simpan buat pekasam, last-last opponent yang makan bola tu. Mana orang tak kutuk sama lu. So gua harap lu maintain sama lu punya form macam semalam. Mesti orang lagi ramai sayang kat lu, termasuk la gua. Pada Kuna & Kecik, macam biasa gua tetap suka sama lu orang punya stail. Takder sebab untuk gua kata tidak dengan lu orang. Woi Rajagopal!!! Kalau lu tak ambik ini 2 orang, lu memang buta kayu!!!!

*Gua sapu dari KauTiub

Masa gua sampai stadium semalam, memang gua dah bajet dah mesti tak ramai umat manusia kat stadium ni. Gua sampai jer kat parking grand stand tu, punya lah senang carik parking. Siap gua parking kat round-about lagi. Bayang la, pukul 8.35 gua sampai, boleh lagi dibilang manusia-manusia yang ada kat seat 8 ringgit. Dalam hati gua dah berkata, “boikot dah bermula”. Lantak la lu orang nak boikot pun. Kat grand stand tak payah cerita la. Sedangkan yang 8 ringgit pun orang dah boikot. Ni kan pulak grand stand yang berharga 15 ringgit. Yang ramai pun family dengan awek-awek player. Rambang gila mata gua. Cuma Ayu Raudah jer yang gua tak nampak. Hehehehehe….

Satu perkara yang buat kecewa sikit. Mana dia geng-geng n9futbol? Pasang banner bukan main. “Sokongan Padu Tidak Berbelah Bagi” la, “Skuad Penyokong Tegar Hoben Jang Hoben” la, tapi semalam dari jauh gua nampak berapa kerat jer yang ada. Gua bukan tak cam lu orang dari grand stand. Memang port lu orang tu ramai yang dah spot. Tapi semalam apa cerita? Mana lu orang punya semangat juang? Kata sokongan padu tak berbelah bagi. Tapi berbelah bagi ke kalau yang datang tu lagi sikit dari bulu hidung gua? Skuad penyokong tegar? Apa lu cerita? Gua rasa lu orang baik panggil diri lu Skuad Boikot Tegar la.

Skuad Penyokong Tegar? Sokongan Padu Tidak Berbelah Bagi?

Skuad Penyokong Tegar? Sokongan Padu Tidak Berbelah Bagi?

Memang la lu orang marah bila kalah. Gua pun marah jugak. Dalam marah-marah gua, gua tetap turun. Sebab apa gua turun? sebab gua marah-marah sayang. Tapi lu orang punya marah gua cukup tak boleh terima la. Kalau nak boikot tu duduk diam-diam dah la. Ni yang gua baca kat lu orang punya forum siap ada pulak yang hasut orang lain jangan datang stadium. Apa keuntungan yang lu orang dapat bila menghasut tu? Dapat duit? Dapat awek? Dapat pegi Bandung? Dapat pegi umrah? Lu orang boleh kata itu hak lu orang nak turun ke tidak. Tapi gua tak boleh la terima bila ada pulak yang nak bangga-bangga diri dengan boikot memboikot ni seolah-olah diri dia la yang paling bagus dalam isu pemboikotan ni. Seolah-olah bila dia tak datang, Negeri Sembilan terus melingkup sebab tak dapat 8 ringgit dari dia. Macam mana n9futbol nak dihormati kalau macam ni sikap ahli-ahli dia? (gua tak tuju semua yer). Ingat bai!!!! Gua bayar tiket grand stand semalam 15 ringgit tau. Kalau tambah lagi 1 ringgit, gua boleh cover la sorang mat boikot punya 8 ringgit. Apa ada hal.

Ok la, gua pun malas la nak cerita banyak. Biar la gua yang turun semalam nak terus meraikan kejayaan 6-2 ni. Pada yang boikot tu, lu orang memang rugi besar!!!!!

Mungkinkah duri dalam daging dah ditemui? Nantikan posting gua lepas ni……

p/s: ada saper2 nampak Rita Rudaini? Dah beranak ke dia? hikhikhikhikhik…….

Published in: on July 8, 2009 at 15:05  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://sopangayopojuang.wordpress.com/2009/07/08/kalau-anda-gembira-tepuk-tangan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: