Pilihan Jadi Belasahan Angkara Kebal Jadi Bebal


Salam Perjuangan Sopan……

5-2!!!! Diulang, 5-2!!! Apa sudah jadi dengan lu orang? Mana kehebatan lu orang sebelum ni. Gua ingatkan bila dah kalah 0-4 dengan Perlis aritu, lu orang dah berubah. Dah ada kesedaran untuk bangkit dari kekalahan demi kekalahan untuk mencatatkan kemenangan demi kemenangan. Tapi apa yang gua dapat? Belasahan demi belasahan yang lu orang bagi dekat gua. Apa sudah jadi ni. Mana dia gelaran yang lu orang dapat sebelum ni. “Pertahan Paling Ampuh” la, “Gandingan Midfield Terbaik” la, tapi sekarang ni apa cerita ni mat? Mana dia gelaran yang lu orang dapat sebelum ni. Bukan gua tak boleh terima kekalahan. Tapi kalau dah sampai kalah 5-2, saper yang tak jadi gila. Orang gila pun boleh jadi normal bila camni kesudahannya.

Malam tadi macam biasa gua tetap turun Stadium Cheras tu. Gua turun dengan satu harapan. Menang, Menang, Menang!!!! Itu jer yang gua nak. Gua dah lama dahagakan kemenangan ni. Gua bukan macam sesetengah fans lain. Time menang jer baru nak turun.  Bila kalah sumer lari. Sumer taknak mengaku jadi penyokong. Sumer nak berkira duit tiket. Penyokong jenis apa ni? Kalau gua kata lu orang lalang, lu orang marah pulak. Tu belum lagi kalau menang, mesti gua dengar bunyi-bunyi menang nasib la, itu la, ini la. Dari mana gua dengar semua ni? Dari mana lagi kalau bukan N9Futbol. Gua memang respek dengan diorang ni terutama founder2 web ni. Tapi yang gua cukup tak senang bila sesetengah user ni (termasuk mod) yang cukup-cukup lalang sifatnya. Siap ada pulak Kelab 8 Ringgit tu. Bukan lu orang tak boleh pertikai nilai 8 ringgit tu. Gua pun pertikai. Tapi dalam gua pertikai pun, gua turun gak stadium. Sebab apa? Sebab gua sayang ini team. Entah la. Gua nak cerita panjang gua malas, tapi lu orang nilaikan la sendiri sikap lu orang tu yang berkaitan dengan apa yang tulis ni. Fikir-fikirkan.

Berbalik dengan game semalam, gua cukup-cukup kecewa dengan apa yang gua tengok. Mana silapnya ni? Apa yang kurang? Bagi gua team ni dah takder apa yang kurang dari segi kualiti pemain. Tapi di mana silapnya ni? Zaquan takder? Jai injured? Gua tak boleh terima la alasan-alasan picisan macam ni. Team Negeri Sembilan ada dekat 30 pemain. Takkan sorang pun tak boleh nak cover ketiadaan key-player nih? Yang lain-lain tu buat apa? Makan gaji buta jer ke bai? Kalau lu rasa diri lu kurang, improve la diri tu. Jangan harap orang jer yang improve kan lu punya diri. Jangan harap coach jer. Lu sendiri kena belajar majukan diri sendiri. Kalau semua harap nak suap jer, sampai bila-bila la memang setakat tu jer u punya takuk. Tak ke mana pun.

Gua cukup frust la bila macam ni jadinya. Mula-mula dah okey gua nampak walaupun KL Plus dah leading dulu. Kena pulak si Aliff equalize. Ada harapan nak menang ni gua kata kat member gua. Tapi sebenarnya itu semua pancing semata-mata dari KL Plus. Gol pertama KL Plus tu gua tak sempat tengok sebenarnya sebab gua belum sampai lagi. Gol yang si Aliff score ni jer yang gua sempat tengok. Yang gol kedua KL Plus ni plak bagi gua boleh dimaafkan la. Memang cantik gol tu. Dari tengah tu beb. Letak Cech ke, Reina ke, belum tentu boleh save lagi. Tapi gua nak tanya satu je. Masa mamat ni try, kenapa midfield tengok jer. Kenapa tengok jer? Gua rasa bila lu orang challange, 80% kemungkinan tak gol. 20% tu pulak adalah gol nasib. Tapi bila takder saper yang nk pressure, lebih suka tengok jer mamat tu dapat bola, maka dengan angkuhnya gua katakan gol tu memang hebat.

Gol ketiga KL Plus ni yang cukup-cukup berapi dengan Sani. Wei bai!!! Lu baru belajar jadi keeper ke? Kenapa lu lambat sangat masuk challange mamat highway tu? Gua tengok lu macam dah blank la. Lu teragak-agak untuk challange itu player. Bagi gua gol tu bukan sebab mamat tu hebat. Tapi sebab lu tak layak jadi keeper sebenarnya (gua rindu giler2 kat Jai). Memang patut la Jamak keluarkan lu, ganti dengan 3rd keeper si Afiq tuh.

Wahai Wan Jamak, sila bagi alasan dekat gua sebab apa lu keluarkan Rahman? Dah dua kali lu buat macam ni. Kenapa lu tak keluarkan Aidil atau Adimel? Apa yang gua nampak, gol ke-4 & ke-5 KL Plus ni punca dari budak-budak ni. Gagal dalam buat clearence & bagi free kick kat KL Plus. Apa lu orang buat woi? Lu orang punya silap si Rahman pulak jadi mangsa. Gol ke-4 KL Plus ni memang la Rahman takder kat pos dia. Tapi dia tengah pressure opponent dekat center back punya area. Yang korang center back  ni cover la tmpt Rahman tu. Jangan biarkan lompong. Masuk pulak Shukri. Lagi la hampeh. Siap kena marah pulak lagi dengan Deris pasal off position. Padan la lu punya muka. Tapi gua masih tertanya-tanya ni, sebab apa Rahman dikeluarkan? Shukri hebat? Masa KL Plus freekick. Rilek jer mamat highway ni lorong bola kat Zamani (tahun depan balik N.Sembilan la bos). Yang best nyer pulak si Shukri ni bila bola dah ada kat kaki Zamani, baru la terhegeh-hegeh nak challange. Bila  Zamani dah dapat bola, abis la cerita. Dalam hal ni gua taknak salahkan keeper. Gua lebih suka salahkan defend.  Defend main bola macam pegi shoping.

Gua nak komplen banyak-banyak gua malas la. Nanti lu orang kata kat gua, “kalau lu rasa lu pandai, lu jer la jadi coach. Lu jer la jadi player”. Opppsssss…..Sila bukak balik posting gua pasal Halim Latif. Baca perenggan 11. hayati betul-betul penulisan gua dekat situ.

Selasa ni (7/7/2009) game lawan MyTeam. Gua macam biasa tetap turun. Kalau tak turun, tak berisi la “Sopan Gayo Pojuang” ni. Gua turun dengan harapan. Menang. Tu jer harapan gua. MyTeam ni team bermasalah. Takkan lu orang pun bermasalah nak menang?

Gua suka makan daging. Tapi gua cukup benci dengan duri dalam daging

Jauhilah rasuah. Sesungguhnya rasuah itu perosak bangsa dan negara

Published in: on July 5, 2009 at 14:03  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://sopangayopojuang.wordpress.com/2009/07/05/pilihan-jadi-belasahan-angkara-kebal-jadi-bebal/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: