Terjahan Terbuka Untuk Halim Latif


Salam Perjuangan Sopan….

Halim Latif? Siapakah insan ini? Gua sendiri tak kenal. Tak heran la kalau penyokong Negeri Sembilan yang lain pun tak kenal orang ni. Tapi, siapakah Halim Latif? Hebatkah dia sampai jadi pilihan gua untuk blog ni?

Halim Latif Borgiba

Inilah orang yang gua maksudkan. Apa kaitan dia dengan blog gua ni? ok, sekarang seperti yang gua janjikan sebelum ni, gua nak bukak cerita sikit.

Dia ni adalah Pengurus Pasukan Negeri Sembilan. Dia jugak merupakan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Gua rasa dia dapat jawatan tu mungkin sebab dia ni Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Majlis Perbandaran Nilai (MPN) pun mamat ni gak jadi Yang Dipertua. Hebat betul. Ke gila kuasa??? Gua ada jugak dengar dia ni dapat jawatan tu pasal MB nak balas jasa dia. Jasa? Apa jasa dia?

Kalau lu orang nak tau, masa Sukma 2004 dulu, ada la problem sikit dengan gelanggang-gelanggang untuk Sukma tu. Lagi beberapa bulan nak mula, gelanggang-gelanggang tu tak siap-siap lagi (tak mahsyukkkk kot..). So, MB pun dah mula kepala ada sikit la pening. Masa tu mamat ni kat JKR lagi pegang jawatan Pengarah Pembangunan JKR Negeri Sembilan (betulkan kalau gua silap). MB mintak la dia ni take over kerja-kerja yang tah bila-bila nak siap tu. Dengan penuh kehebatan, dapat lak dia siapkan kerja-kerja tu sebelum Sukma mula. Maka, dengan penuh gembira, MB pun lantik la dia ni jadi YDP MPS. Alang-alang dah dilantik jadi YDP tu, SU PBNS pun dapat kat dia jugak la. Agaknya tiap-tiap YDP MPS ini memang ada harapan la jadi SU PBNS kot. Tak caya tanya Dollah Sani. Apa khabar Dollah Sani? Ada sihat ka?

Ok, balik pada apa pasal gua berapi sangat dengan Halim Latif ni. Macam gua cakap tadi, dia ni merupakan pengurus pasukan untuk Negeri Sembilan. Masuk musim ni, dah dua musim dia ni jadi pengurus gantikan Haslah Mohamad. Tapi apa yang gua tengok, si mangkuk ni langsung tak menunjukkan kredibiliti sebagai pengurus yang layak untuk dihormati (tu sebab gua nak terjah lu ni). Tu pasal bila prestasi N.Sembilan dah merudum teruk ni, gua tak nak salahkan 100% kat Jamak. Gua lebih suka meletakkan 50% kesalahan pada lu Halim. Bagi gua orang macam lu memang tak layak jadi seorang pengurus pasukan bolasepak. Gua rasa baik lu jadi bookie lagi bagus la.

Sebab apa gua angin sangat dengan lu? Ni gua nak tanya lu bai. Dalam banyak-banyak game berapa kali lu duduk sekali dengan players &  coaching staff kat bangku simpanan? Gua rasa boleh dibilang dengan jari la. Silap-silap langsung tak pernah. Apa lu ingat jawatan lu sebagai YDP tu bagus sangat? Sampai lu rasa lu tak layak untuk duduk sekali dengan diorang. Memang la lu datang stadium. Tapi lu lagi suka duduk kat seat VIP dari duduk dengan diorang. Apa hina sangat ke duduk dengan diorang tu? Lu dah la masuk free. Gua lain la. Masuk bayar 8 ringgit tau. Bukan kecik anak 8 ringgit tu bai. Lu lain la. Gaji ribu riban. Yang Dipertua la katakan.

Cuba la lu tengok lain-lain Pengurus. Gua cukup respek dengan Zakaria Rahim, pengurus Selangor tu. Sentiasa bersama pasukan tak kira apa keadaan pun. Hujan pun tetap stay kat bangku simpaanan. Mungkin jugak la pasal dia bukan YDP kot. Tapi macam mana pulak dengan Osman Aziz, Pengurus Kedah sebelum ni. Exco lagi tu. Gua rasa Exco lagi tinggi dari YDP Majlis Perbandaran ni. Boleh pulak dia duduk sama-sama dekat bangku simpanan. Sama-sama berganding bahu dengan coaching staff yang lain naikkan moral players. Tapi lu apa bikin?

Gua rasa tak payah la pergi jauh-jauh. Lu tengok jer la Mail Lasim dengan Ghani Hasan. Macam mana cara diorang uruskan pasukan. Apa contoh dari diorang yang sepatutnya lu ikut. Gua rasa masa game N.Sembilan, gua tak pernah nampak diorang tak duduk kat bangku simpanan. Diorang buang status diorang kat tepi, duduk sama-sama dengan pasukan kat bangku simpanan. Sama-sama dengan coach bagi sokongan moral. Apa hasilnya? N.Sembilan jadi Juara Liga Super 2005/06, Semi Finalist Piala FA 2005/06, Naib Juara Piala Malaysia 2005/06. Tapi apa lu bagi dekat gua sebagai penyokong yang bayar 8 ringgit untuk masuk stadium?

Masa zaman Mail Lasim dulu, ada habuan kemenangan untuk pemain. Bagi gua ini la yang menggalakkan pemain untuk main sungguh-sungguh. Pemain-pemain akan berjuang habis-habisan untuk dapatkan tempat dalam 1st eleven. Lu jangan kata tak nak menggalakkan pemain bermain untuk duit. Sekarang ni zaman duit bai. Kerana duit orang sanggup jual anak, jual bini, bunuh sana, bunuh sini. Kerana duit lah Iraq kena serang dengan Amerika. Kerana duit Amerika dah lama nak takluk Venezuela. Lu tengok macam Selangor. Sekali menang gerenti masyukkkkkk. Dua kali menang lagi masyukkkkkk. Tak heran la dengan kedudukan Selangor sekarang walaupun ada yang kata diorang banyak menang nasib. Bezakan dengan team yang lu uruskan. Takde langsung habuan kemenangan. So players pun main lebih kurang dah la. Tak payah susah payah. Yer la, menang ke, kalah ke, seri ke, janji gaji masuk. Apa yang ada itu jer la. Cuba sekali lu bagi bonus kemenangan. Gua yakin la diorang akan perform habis-habisan. Dengan pemain-pemain pelapis pun akan fight habis-habisan untuk dapatkan tempat. Tak macam sekarang. Semua lemau-lemau belaka. Sekali Zaquan injured, lu tengok la apa jadi. Takkan itu semua gua nak ajar lu.

Apa? Takda duit nak bagi bonus? Itu la tugas lu sebagai pengurus. Lu kena carik penaja. Punya lah banyak kompeni-kompeni besar gedabak kat Malaysia ni, takkan satu pun tak lekat? Lu kan YDP MPS. Gua rasa lu punya connection lagi hebat. Kalau tak, tak guna la lu jadi YDP MPS. YDP MPN pun lu jugak. Payah gua rasa nak jumpa kat Malaysia ni 2 YDP dipegang oleh orang yang sama kecuali lu yang hebat. Hebat apa? Hebat melobi ke?

halim latif borgiba

Memang la lu boleh cakap, “kalau kau rasa kau pandai, kau jer la jadi pengurus”. Tapi cuba lu fikir la, kalau lu sebagai seorang jurutera  TNB, berlaku pulak black-out kat satu tempat ni. Bukan sekali, tapi banyak kali sampai orang kat kawasan tu naik angin dengan TNB. Orang tu pun datang kat pejabat TNB marah-marah kat lu. Boleh ke lu kata balik kat orang tu, “kalau kau pandai, kau la repair sendiri”. Dah tentu tak boleh kan. Sebab apa tak boleh? Sebab itu dah lu punya tugas. Lu diamanahkan untuk jalankan tugas lu sebagai seorang jurutera. Maka lu mesti laksanakan tugas lu. Camtu jugak la tugas lu sebagai seorang Pengurus Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan. Lu kena laksanakan amanah yang diberikan dekat lu. Bila orang marah dekat lu, komplen dekat lu, lu kena ambik semua tu sebagai cabaran  untuk lu dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengurus yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Tapi sayang. Bagi gua lu seorang pengurus yang gagal!!!!! Kalau berlaku apa-apa dengan pasukan kesayangan gua ni, lu la orang pertama yang gua nak salahkan. Lepas tu baru players. Lepas tu coaching staff. Lu ingat bai. 8 ringgit terlalu besar bagi gua.

Lagi satu ni. Lu layak ke jadi pengurus kalau lu sendiri tak minat bola sepak? Lu ingat gua tak tau yang lu pernah cakap kat orang yang orang main bola ni orang yang bodoh. Lu kata 22 orang yang rebut sebijik bola, memang bodoh la orang tu. Abih orang pandai macam lu main apa pulak?  Main golf? Yer laaaa. Lu YDP. Boleh la main golf. Gua yang bodoh ni mana la mampu nak main golf. Tak macam lu. Kaya raya. Tapi walaupun gua tak minat main golf, gua takder la nak terhegeh-hegeh jadi pengurus team golf. Tak macam lu. Kata orang main bola tu bodoh, tapi nak pulak jadi pengurus team bola. Apa punya manusia la lu. Tu belum lagi lu sms kat sapa tah lu tanya “malam ni sapa 1st eleven?”. Padahal malam tu mana ada game. Apa lu ingat gua tak tau? Gua cukup heran la dengan lu. Lu punya jawatan pengurus N.Sembilan. Tapi jadual game Negeri Sembilan pun lu tak tau. Apa lu tak tau malu ke mat?

Ok lah bai. Gua pun malas la nak belasah lu panjang-panjang. Gua rasa ni pun dah cukup banyak gua punya belasah. Kalau lu rasa lu amat-amat sibuk dengan komitmen lu sebagai YDP MPS & MPN, sampai lu takleh nak komited dengan tugas lu sebagai pengurus pasukan, datang stadium pun serupa tak payah datang, tak nak duduk dekat bangku simpanan sebab lu ingat lu bagus sangat, baik la lu lepaskan jawatan pengurus tu. Bagi la dekat orang yang betul-betul sayangkan bola sepak Negeri Sembilan ni. Ramai lagi yang boleh handle keja lu. Bukan lu sorang jer. Ingat bai!!! 8 Ringgit terlalu besar bagi gua, tak macam lu, datang stadium pun masuk free jer.

Sekian.

p/s: sori tak panggil lu Dato’ sebab lu bukan atuk gua……….

Published in: on July 2, 2009 at 16:49  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://sopangayopojuang.wordpress.com/2009/07/02/terjahan-terbuka-untuk-halim-latif/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. salam…….
    i think halim is brilliant.
    but only for his 2 YDP positions…
    – football is not for him –
    harap biarlah dio lopehkan jawatan pengurus ni dan tumpukan pado 2 jawatan
    YDP tu…..

  2. Wah ini Pak Ya manager Selangor pun baca blog ni, tahniah…satu pendedahan berkualiti…idup Pak ya


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: