Selamat Datang Hairuddin

Salam Perjuangan Sopan,

Mungkin ramai yang pertikai kenapa Hairuddin jadi pilihan. Gua pun pertikai jugak kenapa ini tua punya kuda dipilih PBNS untuk Piala Malaysia nanti. Siapa Hairuddin? Apa hebatnya Hairuddin? Memang gua akui yang Negeri Sembilan memang wajib cari sorang lagi striker untuk mantapkan bahagian serangan. Kalau nak harapkan Zaquan, memang jadi macam Liga Super tu la. Ambik kau tempat ke-8 jer layaknya. Tetapi, kenapa Hairuddin?

Lalu gua pun lontarkan persoalan dan kemusykilan gua ni kepada informer gua. Jawapan yang dia bagi senang jer, “Cuba lu bagitau gua, saper lagi striker yang lagi bagus dari Hairuddin  ada kat Malaysia ni dengan syarat team striker tu tak main dalam Piala Malaysia?”. Terus gua terdiam. Betul jugak tu. Saper pulak striker dari PKNS, Proton, SDM Kepala Batas, Felda, Shahzan Muda & lain-lain yang lagi bagus dari Hairuddin? Gua pun terpikir la. Negeri Sembilan ada flanker yang bagus. Tapi bila cross ball, apa jadi? Takder mender. Sebab apa? Sebab kita takde player yang boleh heading bola dengan baik. Itu pulak kelebihan yang ada pada Hairuddin. Lagipun apa yang gua perhatikan, walaupun Hairuddin ni agak lembab sikit larian dia, tapi dia jugak ada kelebihan lain dari segi hold bola dan hantaran bola yang agak baik. Bagi gua pengambilan Hairuddin ni mungkin jugak boleh bawak sesuatu untuk Negeri Sembilan untuk Piala Malaysia kali ini. Mungkin la kot……

Tetapi, dengan kehadiran Hairuddin, bagi gua ada kemungkinan yang akan berlaku perubahan pada kesebelasan utama Negeri Sembilan. Apa yang gua nampak, bila adanya Hairuddin, Negeri Sembilankena gunakan formasi 4-2-3-1. Yer la, dah pinjam Hairuddin, takkan nak letak sebagai simpanan jer. Ada betul ka? Dan yang pasti, salah seorang kesebelasan utama akan disimpankan. Nak lagi jelas, lu orang tengok susunan ramalan gua ni. Ni yang gua rasa-rasa la akan dibuat oleh Jamak.

Rahman – Rezal – Aidil – Ameng

Idris – Alif

Shukor – Hairuddin – Kuna

Zaquan

So, line-up yang gua jangkakan ni, Kecik akan disimpankan dan kemungkinan jugak akan bertukar ganti dengan Kuna.  Hairuddin mungkin akan diletakkan di belakang Zaquan. Jangan lupa kemampuan Hairuddin bila hold bola dan membuat hantaran yang baik kepada Zaquan. Dia tak boleh diletakkan di tepi. Memang gua akui dia ni agak lembab sikit dari segi larian. Sebab tu gua tak nak dia diletakkan di belah tepi. Shukor pulak, walaupun diletakkan di belah tepi, tapi dia lebih kepada centre midfielder. Serangan dari tepi di belah kanan akan digalas oleh Rahman yang bertindak sebagai wingback. Gunakan kelebihan heading bola yang ada pada Hairuddin. Jangan jadi macam sebelum ni. Hantar bukan main lagi. Tapi ke laut perginya

Dari line-up gua tu, peranan  yang dimainkan oleh Idris dan Alif lah yang merupakan tulang belakang kepada pasukan. Diorang ni akan berperanan sebagai defensive midfielder yang mana akan membantu pertahanan bila di serang, dan membantu pulak bahagian serangan bila menyerang sambil Rahman pun turut sama tambah nasik dengan buat overlapping di bahagian kanan. Maknanya, kalau nak gunakan kelebihan tandukan maut Hairuddin, maka Kuna, Kecik dan Rahman kenalah memantapkan lagi hantaran-hantaran lintang diorang.

Mungkin ada yang bertanya pada gua. Kenapa tak gandingkan Rezal dengan Deris? Kenapa mesti Alif? Jawapan dia senang jer. Lu jangan lupa dengan peraturan pemain bawah 20 tahun. So, bagi gua elok letakkan Rezal berganding dengan Aidil dekat center back. Diapit oleh Ameng dan Rahman. Gua tengok dalam ramai-ramai budak bawah 20, Alif la yang bagi gua mampu menggalas tugas dalam kesebelasan utama. Gua memang tertarik dengan permainan budak ni. Tenang dan tak nampak gugup. Keep it up bro!!!!

Ok la. Ini cuma pendapat peribadi gua jer. Jamak punya rancangan mungkin lain la kot. So, terpulanglah kepada coaching staff untuk buat sesuatu yang boleh buat gua rasa bangga sebagai anak jati Negeri Sembilan. Masuk tahun ni dah 61 tahun Negeri Sembilan menunggu nak jadi juara Piala Malaysia. Harapan gua biarlah kemarau tu berakhir tahun ni jugak. Amin….

p/s: “Main dengan Melaka? Kau nak suruh aku 3 bulan makan maggi?”

Published in:  on August 28, 2009 at 15:55 Comments (2)

Maut Menanti Bila Kita Alpa

Keputusan Undian Piala Malaysia 2009

Kumpulan A       Kumpulan B       Kumpulan C

Perlis                         Terengganu              Johor FC

KL Plus                     N.SEMBILAN Perak

Pahang                      Johor                          MyTeam

Melaka                      Sarawak                      K.Lumpur

Kumpulan D       Kumpulan E

Selangor                    Kedah

KM Naza                    Kelantan

Polis                            P.Pinang

Sabah                         Tentera

Salam Perjuangan Sopan,

Dah lama jugak gua tak berkalam kat dalam ni. Al-maklumlah liga pun dah habis. Tapi semalam buat gua tergerak untuk berkalam. Pada yang tak tahu (sebab malas nak ambik tau pasal bolasepak Malaysia), semalam telah berlangsung majlis undian untuk Piala Malaysia yang akan bermula lepas Aidilfitri nanti. Sekali undi punya undi punya undi, nah ambik lu orang N.Sembilan punya group. Perghhhh!!!! Ini kumpulan maut ni. Parah laaaaaa.

Sebab apa gua kata kumpulan maut? Negeri Sembilan diundi dengan Terengganu, Johor dengan Sarawak. Untuk makluman pada mereka yang tak pernah ambik tau pasal bolasepak Malaysia, rekod Negeri Sembilan dengan Terengganu memang buruk la. Gua cukup goyang bila satu kumpulan dengan Terengganu ni. Dah la dari 5 kumpulan ni cuma 3 team terbaik tempat kedua jer yang layak. Nak dapat tempat kedua tu memang senang. Tapi nak jadi 3 terbaik tu yang payah gua rasa. Kena pulak dengan Johor pulak tu. Memang payah gua nak jangka apa hasil yang gua akan dapat dari game Negeri Sembilan dengan Johor ni. Bagi gua team Johor ni bagaikan “The Unpredictable Team”. Sarawak pulak, bukan niat gua nak merendahkan diorang. Tapi lu orang tengok la prestasi Sarawak macam mana kan. Itu senang-senang boleh dapat kemenangan. Kalau kalah, baik lu orang yang sarung jersi tu terjun longkang la. Nak senang cerita macam ni jer, kalau nak layak dengan mudah ke suku akhir, mesti jadi juara kumpulan. Habis cerita.

Maka dengan ini, boleh la gua buat serba sedikit ramalan untuk Piala Malaysia nanti. Dalam Piala Malaysia, Negeri Sembilan akan main 6 game. 3 dekat Paroi, 3 dekat gelanggang lawan iaitu Johor Bharu, Kuching dan Kuala Terengganu. Kalau boleh menang semua game, dapat la 18 mata. Tapi bagi gua tu bukan kerja mudah tapi bukan mustahil. Apa yang gua harap  3 game di Paroi, Negeri Sembilan mesti menang semua game. Dari situ dah dapat 9 mata. Game dengan Sarawak dekat Kuching pulak WAJIB menang. Maka jadilah 12 point. Lu orang cuma perlu seri jer dengan Terengganu dan Johor dekat gelanggang diorang. Maka dapat lah 14 mata. Kalau apa yang gua ramalkan ni betul-betul menjadi, Negeri Sembilan boleh jadi juara kumpulan sebab Terengganu dah tentu cuma 13 mata sahaja dengan beranggapan diorang menang 2 kali, seri sekali di Kuala Terengganu, kalah di Paroi, menang di Sarawak dan menang dengan Johor di Johor Bharu. Itu pun kalau menjadi la yer. Ini cuma ramalan jer. hehehehehehehe…

TAPI!!!!!! Berhati-hati dengan Johor. Gua payah nak ramal team ni. Hebatkah mereka? Atau bebalkah mereka? Mungkin lu orang tak bebal. Tapi lu orang memang bebal kalau kalah dengan Sarawak. Ingat, gua anggap ini kumpulan maut. Kalau lu orang tak all-out, lu orang paham-paham sendiri la sebab apa gua letak tajuk posting gua kali ni lain macam jer.

Akhir kalam dari kua, sebelum gua terlupa, syabas dan tahniah gua ucapkan kepada skuad bawah 23 kebangsaan yang berjaya mengikat China dan Kenya. Gua nak sangat tengok lu orang bawak balik pingat emas sukan SEA. Tolong buat gua bangga dengan lu orang. Itu sahaja permintaan gua.

p/s: Selamat datang ke Liga Perdana diucapkan kepada Abang Dol……….

Published in:  on August 16, 2009 at 15:15 Comments (1)

Seri Yang Berseri

*Dipetik dari N9Futbol TV

Salam Perjuangan Sopan,

Ashaari 1 – Kunanlan 1. Itulah yang gua dapat hasil dari perlawanan terakhir Liga Super 2009 yang mana pada 1 Ogos yang lalu, Negeri Sembilan telah bertemu dengan Terengganu kat stadium keramat gua. Mana lagi kalau bukan Stadium Paroi. Bagi gua puas hati la. Yer la, dari kalah o-4, baik seri jer. Itupun Terengganu dah leading dulu. Nasib baik la Kuna jadi penyelamat. Kalau tak, memang berkokok la Kelab 8 Ringgit.

Menguasai tapi tidak mengatasi. Itulah kesimpulan yang gua dapat buat hasil dari pemerhatian gua secara keseluruhan game ni. Tapi sampai bila kita mesti macam ni? Keputusan permainan bukan ditentukan berdasarkan penguasaan bola. Tetapi keputusan permainan ditentukan dengan keupayaan sesebuah pasukan dalam mengatasi sebuah pasukan lagi. Kalau gagal untuk mengatasi, itu bermakna keputusan yang diperolehi ialah antara kalah atau seri. Tetapi  dalam pada kita mengejar kemenangan, jangan dilupakan juga kualiti permainan. Sebab bagi gua, apalah maknanya kalau kita merangkul sehingga 4-5 kejuaraan (sampai buat piala syok sendiri pun ada) sedangkan kita gagal menghasilkan pemain yang berkualiti untuk membawa cabaran negara di peringkat antarabangsa. Sebab apa pemain tersebut tidak berkualiti? Sebab pemain tersebut tidak dididik dengan permainan yang berkualiti di dalam liga domestik yang dilihat lebih mengutamakan kemenangan berlandaskan prinsip janji menang berbanding dengan mendidik pemain dengan permainan yang berkualiti. Itu pasal kalau tanya gua pasal siapa yang layak jadi coach Negeri Sembilan atau Malaysia, gua cakap gua nak jurulatih yang mengutamakan kualiti permainan dan memberi kemenangan kepada gua. Tak cukup salah satu memang gua reject.

Ok la beb. Kita cerita balik pasal game itu hari. Apa yang gua nampak, penguasaan tu memang totally N.Sembilan yang punya. Gua berani bagi penguasaan bola tu pada 60-40. Tapi sayang di mana penyudahnya? Satu perkara gua nak tegur dekat lu la Jamak, lu dah tau defensive side T’ganu tu semua bagak-bagak dan tinggi-tinggi belaka, kenapa la lu still suruh players bagi bola tinggi? Lain la kalau lu punya attackers semua nya sama jer tingginya dengan defend T’ganu. Ni lu letak si Asyraf. Orang tu dah la pendek, lu suruh main lagi bola tinggi buat aper? Apa salahnya kalau lu amalkan short pass? Tak boleh ker?  Bila mamat tu dah tak function, memang sakit la Zaquan sorang-sorang. Mustahil la lu tak tau defend T’ganu tu tinggi-tinggi. Gua rasa lu mesti tau punya kan. So, tak boleh ker masa training lagi lu dah trained players kita dengan taktikal yang boleh mengalahkan brader2 tinggi T’ganu ni? Mender la lu. Tu pun nak kena ajar ke?

Pasal Shukor jadi defend lak bagi gua ok jer la. Tapi mula-mula gua terkejut jugak bila mamat tu partner dengan Aidil dekat centre back. Boleh ker mamat ni? Boleh jugak la rupanya mamat ni jadi defend. Walaupun ada jugak mistake yang dibuat, tapi ok la untuk seorang midfielder’s yang diubah jadi defender’s. Tapi Jamak kan, gua lagi suka kalau lu letak budak muda ramai-ramai la dalam game ni. Gua bukan apa la. Ni dah last game kan. Menang ke, kalah ke, dah takde bawak apa-apa makna lagi dah. Gua rasa  kalau lu letak budak muda ramai-ramai, boleh la buat pendedahan awal prepare untuk Piala Malaysia nanti. Nanti buatnya tah apa lak kes injured ke, suspended ke, bleh la buat cover mana-mana yang patut. Takde la jadi macam bila Zaquan injured itu hari. Nah ambik kau. Meriah betul dengan kekalahan. Sebab apa? Sebab kita takde penyerang yang berkaliber macam Zaquan. Tu jer.

Akhir kalam dari gua, walaupun kita cuma seri jer, tapi bagi gua keputusan seri ni ibarat seri yang berseri. Pesan gua satu jer. Hindarilah pasukan kita ini dari penyakit “Menguasai Tapi Tidak Mengatasi”. Amalkan semangat “Menguasai Dan Mengatasi”. Tapi gua tak suka dengan “Tidak Menguasai Tetapi Mengatasi” sebab gua takde kepuasan bila tengok game yang macam ni jenisnya. Apa barang setakat menang nasib.

p/s: Gua dah mula menyukai permainan Aliff Shamsudin. Keep it up bro!!!!!

Published in:  on August 3, 2009 at 12:54 Comments (5)