Salam Perjuangan Sopan,
Apa-apa hal gua nak ajak lu orang kasi baca ini artikel dari Kosmo ni dulu.
FAM selamatkan Pahang lagi?
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my
MALAM kelmarin, satu sejarah telah tercipta di Stadium Shah Alam.Bukan kerana Selangor muncul juara Liga Super buat kali pertama tetapi sejarah yang dimaksudkan ialah Pahang yang buat pertama kalinya tersingkir ke saingan liga bawahan sejak liga semi-pro diperkenalkan pada 1989.Kekalahan 1-5 kepada Selangor malam kelmarin menyebabkan skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh itu menamatkan 26 perlawanan Liga Super musim ini di tangga kedua tercorot.
Secara automatik, dua pasukan tercorot Liga Super akan tersingkir ke Liga Perdana musim berikutnya.
Namun, pada Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-46 pada 21 Jun lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM biarpun tidak hadir sempat menyampaikan titahnya menerusi Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad yang mahu- kan format Liga Malaysia dirombak musim depan.
Pemerhati dan juga peminat bola sepak tempatan melihat cadangan Presi- den FAM itu secara umumnya mahu me- nyelamatkan pasukan Pahang daripada beraksi di saingan liga bawahan pada musim depan.
Kenapa perlu diubah format liga yang dilihat sudah stabil sedangkan FAM sepatutnya perlu mencari jalan untuk memperkasakan lagi saingan liga sedia ada?
Jika masalah kewangan pasukan-pasukan bertanding dijadikan alasan, kenapa pula format yang perlu dipersalah- kan sedangkan pihak yang terlibat itu sepatutnya mencari jalan bagi menyele- saikan masalah kewangan tersebut.
Tindakan mahu mengubah format liga musim depan sebenarnya ‘ulangan’ kepada tindakan FAM ketika mereka menukar format Liga Malaysia untuk musim 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.
Pada musim 2004, 2005 dan 2006, FAM menetapkan lapan pasukan sahaja beraksi pada Liga Super tetapi mereka membuat keputusan mengubahnya kepada 14 pasukan untuk musim 2007.
Alasan yang sama digunakan FAM ketika itu iaitu mahu Liga Super lebih kompetitif sedangkan pada saingan 2006 itu, Pahang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan dan sepatutnya turun ke Liga Perdana musim 2007.
Disebabkan perubahan format baru itu, Pahang tidak disingkirkan ke Liga Perdana, sebaliknya diberi peluang beraksi dalam saingan playoff bagi menentukan 14 pasukan yang layak beraksi pada Liga Super format baru pada 2007.
Pada perlawanan playoff pertama iaitu pada 18 dan 21 Jun 2006, Pahang tewas dengan agregat 1-2 kepada Brunei DPMM selepas seri 0-0 pada perlawanan di tempat sendiri sebelum tewas 1-2 di tempat lawan.
Namun, Pahang diberi peluang kedua apabila bertemu Sabah pula dalam perlawanan playoff kedua pada 25 dan 28 Jun 2006 dan kali ini mereka berjaya juga ke Liga Super selepas menang dengan agregat 4-3.
Menjelang perbincangan format baru di antara FAM dan barisan setiausaha agung persatuan bola sepak (FA) negeri dan kelab yang akan berlangsung pada 3 Ogos depan, mereka sepatutnya membuat satu keputusan terbaik demi menjaga maruah bola sepak negara.
Buat Presiden FAM, biarlah pasukan yang layak beraksi dalam Liga Super sahaja dibenarkan bertanding kerana jika baginda tetap mahukan Pahang kekal dalam Liga Super, ia hanya akan mencacatkan kemeriahan saingan.
Ini kerana berdasarkan prestasi pasukan Pahang musim ini, hanya saingan Liga Perdana lebih sesuai buat mereka, bukannya saingan Liga Super.
Biarlah Pahang kembali layak ke Liga Super 2011 berdasarkan merit dua pasu- kan teratas Liga Perdana 2010, bukan- nya atas ‘ihsan’.
Dah baca? Kalau dah baca mari kita ketawa secarabergotong royong dekat wartawan kangkung nih.
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!
KEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEHKEH!!!!!
WAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKAKKAKAKKAKAKAKAKAK!!!!!
Sebab apa gua suruh lu orang gelak dan ketawa secara berdekah-dekah ni? Cuba lu orang tengok sebab apa gua hilite nama wartawan kangkung ni. Sebab gua memang kenal sangat dengan mamat ni. Salah seorang penyokong kuat Selangor merangkap moderator Selangorfc.com. Kalau lu orang nak tau, dekat Selangorfc.com tu, nama samaran dia Misai11.
So, apa kaitan lak team yang si kangkung ni sokong dengan artikel ni. Ok, cuba lu orang tengok lak perenggan yang gua bold tu. Nampak kan? Apa yang gua nak persoalkan ialah, kenapa si kangkung ni berani mention pasal Pahang jer? Kenapa tidak dengan Selangor yang masa musim 2006 tu berada di tempat paling hina, iaitu tempat yang paling tercorot? Kenapa mesti cuma Pahang jer yang kangkung ni bedal? Lu kata masa musim 2006 tu FAM ubah format pasal nak selamatkan Pahang. Abih lu punya team kesayangan tu apa lu cerita? Bukan ke patutnya masa tu dengan Selangor sekali patut kena humban dengan Pahang ke Liga Perdana? Kenapa lu tak mention sekali yang perubahan format masa tu pun sebenarnya menyelamatkan Selangor sekali?
Memang la, gua pun hangin jugak bila FAM nak ubah balik Liga Malaysia ni atau dalam kata lainnya FAM nak selamatkan Pahang. Tapi yang buat gua angin dengan lu ni, lu buat laporan berat sebelah la bai. Lu sebagai wartawan kena la beretika sikit bila buat artikel tu. Ini tidak. Lu punya bantai Pahang sikit punya tak ingat. Lu kata Pahang harap belas ihsan FAM untung-untung tak jatuh Liga Perdana. Abih yang Selangor masa 2006 tu pun bukan harap belas ihsan jugak ke? Yang paling gua tak tahan tu, yang perenggan last sekali tu. Satu Malaysia ni dah tau la team lu memang selalu sangat dapat ihsan FAM ni. Dah nama Selangor Darul Ehsan. Mesti la selalu dapat ehsan jer. Betul tak? Lu sajer je kan tak mention nama Selangor dalam artikel lu ni. Yer la, lu mesti goyang kan nak masukkan cerita pasal Selangor yang cuma layak tempat ke-8 atau tercorot masa tu. Senang sikit lu nak bantai Pahang, ye tak? Gua rasa lu goyang sebab lu takut mana-mana orang yang kenal lu macam gua ni boleh bikin lu kantoi besar. Haaaa, sekarang kan dah kantoi. hahahahahahaha!!!!
Lu kena ingat bai, pelanduk memang selalu lupakan perangkap, tapi perangkap tak pernah lupakan pelanduk tau. Sekarang lu sendiri dah bukak pekung lu. Lu sedar la diri tu sikit. Dekat opis lu ada toilet kan? Dekat dalam toilet tu ada cermin kan? So, kasi cermin la muka lu tu dulu sebelum lu nak sesah orang lain.
p/s: Gua benci anak emas
