*credit to BolaToday
Salam Perjuangan Sopan….
Itu la video game Negeri Sembilan yang kena sesah sampai 4-0 dengan Perlis 30/6 aritu. Memang malapetaka gua rasa masa tu. Untuk pertama kali Negeri Sembilan kalah kat tempat sendiri dalam Liga Super 2009. Sebelum ni mana pernah kalah. Kalau kalah pun dengan Kelantan masa semifinal FA 2009. Tapi tu Piala FA. Ni Liga Super. Punya lah cantik rekod sebelum ni, sekali kalah, nah ambik lu, 4 bijik kena bai!!!!
Ni malam besok lak (4 Julai 2009), lawan KL Plus kat Cheras. Gua macam biasa akan tetap turun. Kalau tak turun tak boleh pulak. Itu jer la gua punya hiburan. Gua bukan kaki kelabing, jauh sekali merempit. Sampai stadium, beli tiket yang gua rasa harga dia RM10 (sebab bukan Paroi), duduk dalam, makan kuaci, bila Negeri Sembilan skor gua suka, bila kena gua bermuram durja la. Takkan nak bersorak pulak. Menang gua happy, kalah terima jer la. Tapi kritik tetap kritik.
Cuma harapan gua, besok ni takde la jadi macam lawan Perlis itu hari. Sifir gua tengok bola senang jer. “Menang Biar Bergaya, Kalah Biar Terhormat, Seri Biar Berseri”. Gua dengar cerita masa KL Plus lawan Selangor, memang kaw-kaw jugak Selangor kena serang. Tu sebab Selangor cuma menang 1-0 jer. Harap-harap besok takder la Negeri Sembilan kena lauk lagi. Main la macam mana rupa pun, gua nak menang jer. Gua memang dahagakan kemenangan ni. Kepada Wan Jamak & players, berikan gua kemenangan. Lagi cantik kalau menang bergaya.
TURUN TETAP TURUN!!!!